Like A Dream
D'Boss!

Hi I'm Nurul AtiQah. The owner of this blog. Replace this with yours.ThanKYU



Entries About Linkies Stuff


Scream!

Put your CBOX codes here!

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   

inilah tuan empunya milik tulang rusuku


Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa begitu mudah cinta itu dilafazkan?Setelah tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.Terdapat satu hadis yang berbunyi: "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim Kadang kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?

Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.Bagaimana pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya, masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang lelaki yang seagung Rasullulah dan  sehebat sahabat-sahabat nya."Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,